Epic Games kini turut mengesahkan yang mana mereka akan meneruskan pemberian permainan video percuma untuk pengguna komputer sepanjang tahun 2022 ini.

Epic Games sedia menawarkan permainan percuma setiap minggu, sekaligus memastikan platform mereka sentiasa aktif, dan dikunjungi ramai. Ia turut pernah menawarkan permainan popular seperti GTA V, Rocket League, FarCry6 dan sebagainya.

Pada tahun lepas sahaja, Epic Games telah menawarkan 89 permainan percuma, memperlihatkan lebih 765 juta tebusan dilakukan pengguna seluruh dunia.

Epic Games turut brkongsi mengatakan sejumlah permainan baharu turut akan hadir ke platform mereka pada tahun 2022 ini, termasuk STALKER 2, Rainbow Six Extraction, Sifu, dan banyak lagi.

Sohor Kini