Guerilla Games hari ini telah mengumumkan yang Horizon Forbidden West telah siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 18 Februari 2022. Selain itu, mereka juga buat pertama kali memperlihatkan ia dimainkan di PlayStation 4 Pro.

Anda boleh tonton video-video tersebut di PlayStation Blog.

Apa yang kami boleh katakan, jika anda masih tidak berpeluang untuk mendapatkan PlayStation 5, sekurang-kurangnya permainan ini masih lagi nampak berkualiti walaupun dimainkan di konsol generasi lepas.

Horizon Forbidden West adalah permainan susulan kepada Horizon Zero Dawn yang dikeluarkan pada tahun 2017. Di dalam permainan ini, Aloy bersama dengan beberapa orang rakannya telah mengembara ke kawasan baharu iaitu Forbidden West untuk menyiasat mengenai satu wabak yang bukan sahaja merosakkan tanaman tetapi juga menjadi mesin binatang mengamuk.

Mereka sebelum ini juga berkongsi treler yang memfokuskan kepada penceritaan.

Horizon Forbidden West akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 18 Februari 2022 dan anda boleh lakukan pra-tempahan dengan harga bermula RM249.

Sohor Kini