Filem Mortal Kombat tahun lepas adalah filem olahan semula kepada beberapa filem dengan judul sama yang pernah ditayangkan sebelum ini. Ia diadaptasi daripada permainan video perlawanan popular dengan judul sama juga. Walaupun filem ini bukan yang terbaik, tetapi ia mempunyai konsep dan visual lebih baik berbanding filem lepas.

Di Malaysia filem ini menjadi kurang enak ditonton kerana adegan menarik telah dipangkas dan tidak dapat tonton dengan pengalaman yang sepatutnya.

Filem ini dikatakan akan diteruskan untuk empat lagi filem, namun butiran mengenainya tidak dikongsi selain Joe Taslim yang sudah menandatangani kontrak. Terkini, Todd Garner selaku penerbit dan pelakon utama Lewis Tan telah mengesahkan yang mereka akan kembali untuk Mortal Kombat 2.

Filem sekuel ini akan ditulis oleh Jeremy Slater, iaitu penulis bagi siri TV Moon Knight untuk Disney+. Butiran lanjut masih belum didedahkan lagi, seperti adakah pelakon-pelakon lain daripada filem pertama akan kembali dan tarikh tayangan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini