Razer telah mengumumkan yang mereka akan sekali lagi menganjurkan Razer Invitational SEA untuk tahun ini, ia akan bermula pada 14 Februari sehingga 27 Februari 2022 dan akan mempertandingkan permainan Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile. Ia menawarkan hadiah terkumpul $30 ribu.

Kejohanan bagi tahun ini, akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu National Showdown yang akan diwakili oleh pasukan mengikut negara yang dipilih oleh persatuan esukan rasmi untuk negara-negara tersebut.

Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Indonesia, Laos, Kemboja, Brunei, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Manakala bagi Open Category pula, ia akan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Pendaftaran untuk menyertai kejohanan ini sudah dibuka dan anda boleh melakukannya dengan melawat laman Facebook Razer di pautan ini. Seperti tahun lepas yang telah menerima 10.5 juta tontonan secara langsung, kejohanan kali ini juga akan distrim secara langsung.

Sohor Kini