Steam Deck Akan Mula Dihantar Kepada Pembeli Pada 28 Februari 2022

Valve hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mula menghantar emel pengesahan kepada pengguna yang melakukan pra-tempahan untuk Steam Deck pada 25 Februari 2022. Mereka kemudiannya akan mempunyai tiga hari untuk melakukan pembelian penuh dan Steam Deck akan mula dihantar kepada pembeli pada 28 Februari 2022.

Selain itu, Valve juga mengatakan yang mereka akan menghantar beberapa unit kepada media untuk ulasan yang boleh dikongsi pada 25 Februari 2022. Oleh itu, bagi anda yang tertanya-tanya mengenai prestasi untuk Steam Deck boleh menunggu 25 Februari ini.

Steam Deck sebelum ini sepatutnya mula dihantar pada akhir Disember, akan tetapi akibat masalah rantaian bekalan mereka terpaksa menunda pengeluaran pada bulan Februari. Dengan pengumuman terbaru ini, boleh dikatakan yang ia tidak lagi tertunda tetapi stok sudah semestinya masih terhad.

BuSteam Deck akan ditawarkan pada harga permulaan $399 yang menggunakan storan eMCC bersaiz 64GB, $529 untuk yang menggunakan NVMe SSD bersaiz 256GB dan $649 untuk NVMe SSD bersaiz 512 GB. Anda boleh baca maklumat lanjut mengenainya di pautan ini.

Sohor Kini