Satu rahsia yang disimpan dengan baik ataupun tidak baik mengenai Spider-man: No Way Home telahpun didedahkan. Jika anda salah seorang yang masih lagi mengelak beberan untuk filem ini, kami boleh katakan ia akan menjadi semakin sukar.

Marvel minggu ini telah melancarkan pelbagai barangan seperti pakaian, bag dan juga mug berdasarkan Spider-man: No Way Home dan rekaan untuk barangan tersebut memfokuskan kepada kejutan utama di dalam filem tersebut – tiga spider-man hadir di dalam satu filem.

Dengan pelancaran barangan rasmi ini, kita boleh katakan yang tempoh mengelak beberan sudah berakhir dan Marvel sendiri merasakan semua orang sudah tahu mengenai kejutan ini.

Spider-man: No Way Home adalah satu kejayaan untuk Sony Pictures dan juga Marvel, ia telah mengutip RM60 juta di Malaysia sahaja dan kelapan dengan kutipan tertinggi secara global, oleh itu tidak mengejutkan jika mereka ingin menawarkan barangan secepat mungkin, terutama kesemua keuntungan adalah hak milik Marvel dan bukan Sony.

Sohor Kini