Valve minggu ini telah mengumumkan senarai permainan-permainan baharu yang menjana pendapatan tertinggi di Steam untuk bulan Disember tahun lepas. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Pada bulan Disember tiada pelancaran ‘besar’ oleh itu permainan-permainan yang tersenarai kebanyakannya adalah permainan indie seperti Chorus oleh Fishlabs yang anda boleh baca pandang pertama kami melalui pautan ini; Pandang Pertama Chorus – Permainan Pertempuran Kapal Angkasa dan juga Five Nights at Freddy’s: Security Breach oleh Steel World Studios.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Dynasty Warriors 9 Empires
  • Century: Age of Ashes
  • WorldBox – Gold Simulator
  • Monster Rancher 1 & 2 DX
  • Fights in Tight Spaces
  • Icarus
  • Propnight
  • Ultimate Admiral: Dreadnoughts
  • Anvil
  • Thunder Tier One
  • GTFO
  • Ready or Not
  • Rune Factory 4 Special
  • Shadow Tactics: Aiko’s Choice
  • After the Fall
  • Chorus
  • Wartales
  • Sands of Salzaar
  • Five Nights at Freddy’s: Security Breach

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini