Respawan Entertainment telah mengumumkan secara rasmi yang musim baharu untuk Apex Legends akan bermula pada 8 Februari 2022 iaitu ‘Defiance’, bersama dengannya, mereka akan memperkenalkan Legend baharu iaitu Mad Maggie.

Dia adalah watak yang sudah beberapa kali membuat penampilan di dalam Apex Legends dan kali ini akan menjadi legend yang boleh digunakan oleh pemain. Anda boleh tonton video pengenalan untuknya di bawah.

Pengumuman lanjut mengenai musim baharu ini akan dikongsi pada tengah malam ini dengan treler khusus untuknya akan tiba tepat pada pukul 12 pagi ini.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini