Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Februari untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan empat permainan percuma yang boleh ditebus bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2022;

  • EA Sports UFC 4
  • Dragon’s Crown Pro
  • Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-shot Adventure
  • Planet Coaster: Console Edition (PS5 sahaja)

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Januari anda masih boleh melakukannya sehingga 31 Januari 2022.

Sohor Kini