Crytek Mengacah Yang Crysis 4 Sedang Dibangunkan

Crysis adalah satu permainan yang menjadi perbualan ramai kerana semasa pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007, ia memerlukan PC dengan spesifikasi yang sangat tinggi untuk dapat dimainkan dengan baik. Maka lahirlah meme “but can it run Crysis?”.

Lebih 8 tahun kemudian, Crytek telah hadir dengan satu video yang boleh dikatakan mengacah mereka akan hadir dengan Crysis 4. Anda boleh tonton video tersebut di bawah yang selain memperlihatkan bongkah-bongkah kecil, ia diakhiri dengan nombor 4.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila pengumuman lanjut akan dilakukan, tarikh dan juga platform juga tidak disahkan lagi. Sementara itu, jika anda tidak pernah mencuba permainan Crysis, mereka pada tahun lepas telah melancarkan Crysis Remastered Trilogy untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini