Apabila bercakap mengenai Blizzard, kita sudah semestinya menantikan pengumuman mereka mengenai permainan seperti Diablo 4 ataupun Overwatch 2 yang masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran. Selain itu, mereka juga terkesan dengan beberapa perkara besar yang berlaku seperti masalah layanan pekerja yang kurang baik dan juga baru-baru ini diumumkan Microsoft akan mengambil alih mereka.

Namun, ini tidak menghalang mereka daripada bercakap mengenai sesuatu yang baharu, melalui perkongsian di blog rasmi mereka, Blizzard sedang membangunkan satu permainan ketahanan hidup dan sedang mencari pembangun-pembangun yang berminat untuk terlibat dengan projek ini. Mereka masih tidak mengumumkan tajuk untuknya tetapi mengatakan yang ia akan tiba untuk PC dan juga konsol.

Dengan pelbagai lagi projek lain masih lagi sedang dibangunkan oleh Blizzard, kita mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun dua lagi sebelum dapat mengetahui lanjut mengenai permainan baharu ini, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu yang mereka sedang membangunkan satu IP baharu.

Sohor Kini