Final Fantasy XIV Online selepas pelancaran penambahan baharu iaitu Endwalker telah mengalami apa yang kita boleh katakan sebagai ‘Penderiaan Ketika Berjaya’, apabila permainan tersebut menjadi sangat popular sehinggakan pelayan sedia ada tidak dapat menampung jumlah pemain yang ramai.

Antara langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah tersebut adalah mereka menghentikan penjualan Final Fantasy XIV Online versi digital dan juga menghentikan pendaftaran baharu untuk sesi percubaan.

Langkah seterusnya yang baru sahaja diumumkan adalah mereka hadir dengan pilihan pelayan baharu iaitu Pusat Data Oceania yang dikhususkan untuk pemain-pemain di Oceania seperti di Australia dan New Zealand akan tetapi ia juga akan digunakan apabila pelayan secara global di dalam keadaan yang sibuk.

Pemain boleh mendaftar watak baharu di pelayan tersebut ataupun boleh melakukan pemindahan secara percuma. Pemain yang melakukannya akan mendapat ganjaran tersebut;

  • Pemindahan ‘Home World’ Percuma
  • Dua kali ganda EXP sehingga tahap 80
  • 10 Chocho Feathers

Terdapat pelbagai ganjaran lain, termasuk juga mendapat 1 juta Gil bagi watak baharu yang mencapai tahap 30. Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini.

Bersempena dengan pelancaran pusat data baharu ini juga bermakna mereka dapat menampung lebih ramai pemain, oleh itu penjualan untuk Final Fantasy XIV Online versi digital kini bermula semula, akan tetapi pendaftaran untuk sesi percubaan masih akan ditutup dan mereka akan terus memerhati keadaan semasa sebelum membenarkannya semula.

Bagi pemain-pemain di Australia dan New Zealand ataupun kepada sesiapa sahaja yang berminat, Square Enix juga hadir dengan wallpaper di mana peta dua negara tersebut dihasilkan di dalam bentuk peta Hydaelyn. Anda boleh dapatkannya di pautan ini.

Final Fantasy XIV Online sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini