Life is Strange Remastered adalah permainan penambah-baikkan untuk permainan Life is Strange pertama yang dikeluarkan pada pertama kali pada tahun 2015. Hari ini, Square Enix telah berkongsi klip 5 minit pertama untuk permainan tersebut dan anda boleh tontonnya di bawah.

Melaluinya anda boleh melihat peningkatan kualiti grafik untuk versi ini, Square Enix mengatakan yang ia kini boleh dimainkan secara 4K, kesemua model watak juga di dalam 4K serta akan memaparkan emosi dengan lebih baik.

Jika anda ingin melihat perbandingan di antara versi lama dan versi terbaru ini, Square Enix juga telah berkongsi satu video perbandingan yang anda boleh tonton di bawah.

Life is Strange Remastered Collection akan dikeluarkan pada 1 Februari 2022 untuk Playstation 4, Xbox One, dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Versi Nintendo Switch juga diumumkan akan tetapi akan tiba pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini