Private Division dan Roll7 telah berkongsi treler baharu untuk OlliOlli World yang merupakan treler sinematik dengan animasi berdasarkan watak lalai untuk permainan tersebut. Anda boleh tontonnya di bawah.

OlliOlli World merupakan permainan papan selaju secara tatalan-tepi, pemain akan melalui pelbagai kawasan dengan rekaan unik selain itu pemain boleh melakukan pelbagai pengubahsuaian, seperti jantina, rambut, pemain juga boleh mengubah gaya menaiki papan selaju.

Bersama dengan pelbagai pilihan pakaian yang pemain boleh dapatkan sepanjang bermain, tiada masalah untuk menghasilkan satu watak yang unik.

OlliOlli World akan dilancarkan pada 8 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, dan PC.

Sohor Kini