EA hari ini telah mengumumkan yang Respawn Entertainment iaitu pembangun untuk Titanfall, Apex Legends dan juga Star Wars Jedi: Fallen Order sedang membangunkan tiga permainan Star Wars dengan kerjasama bersama dengan Lucasfilm Games.

Tiga permainan tersebut adalah permainan susulan untuk Star Wars Jedi: Fallen Order yang akan diselia oleh Stig Asmussen, kedua adalah permainan menembak first-person yang akan diselia oleh Peter Hirschmann dan ketiga adalah permainan strategi yang akan dibangunkan bersama dengan Bit Reactor.

Bit Reactor adalah studio yang baru sahaja ditubuhkan oleh bekas-bekas pembangun XCOM yang diketuai oleh Greg Foertsch. Anda boleh baca lanjut mengenai Bit Reactor di pautan ini – Bekas Pembangun XCOM Menubuhkan Studio Baharu, Bit Reactor – Memfokuskan Permainan Strategi.

Lucasfilm Games sebelum ini telah mengumumkan yang permainan Star Wars tidak lagi hanya akan dibangunkan oleh EA, sebaliknya beberapa pembangun seperit Ubisoft dan Quantic Dream telah mengumumkan permainan Star Wars mereka sendiri.

Namun, ini juga tidak bermakna yang perhubungan di antara mereka dan EA berakhir, dengan pengumuman tiga lagi projek ini tampaknya EA dan Star Wars akan terus menjadi sinonim antara satu sama lain.

Sohor Kini