Pada tahun lepas, kami sudah laporkan yang Toshihiro Nagoshi iaitu pengasas Ryu Ga Gotoku Studio dan juga pencipta siri Yakuza telah meninggalkan studio tersebut dan SEGA untuk menyertai NetEase Game. Minggu ini, NetEase telah mengumumkan penubuhan Nagoshi Studio yang akan diketuai oleh Toshihiro Nagoshi.

Bersama dengan Toshihiro Nagoshi, adalah beberapa lagi pembangun yang akan menjadi pengasas bersama untuk studio ini iaitu Daisuke Sato sebagai Penerbit, Taichi Ushioda sebagai Pengarah, Kazuki Hosokawa, Toshihiro Ando, Naoki Someya sebagai Artis, Koji Tokieda sebagai Pengaturcara, Masao Shirosaki sebagai Pereka Permainan, dan Mitsunori Fujimoto sebagai Jurutera, mereka juga merupakan bekas pekerja untuk SEGA dan terlibat dengan siri Yakuza.

Melalui studio ini, Toshihiro Nagoshi akan membangunkan siri permainan baharu yang akan dikeluarkan secara global. Pada akhir tahun lepas, Grasshopper Manufacture iaitu studio oleh Sudo51 juga telah mengumumkan yang mereka kini menyertai NetEase.

Sohor Kini