Katapat Adalah Wordle Versi Bahasa Malaysia

Populariti permainan web Wordle boleh dikatakan agak gila, sehinggakan banyak versi klon dihasilkan. Sedangkan pembangunnya sendiri Josh Wardle tidak hadir dengan aplikasi dan kekal dengan versi web yang boleh dimainkan melalui pelayar web sahaja.

Bagi yang terlepas dengan trend Wordle ini, ia adalah permainan web meneka perkataan. Setiap hari pemain perlu teka perkataan berbeza yang hanya ada lima huruf. Huruf yang dimasukkan jika tepat akan menjadi warna hijau, jika tidak tepat warna kuning dan jika salah adalah warna kelabu. Warna berbeza akan dipaparkan jika menggunakan mod buta warna.

Terkini, versi Bahasa Malaysia telah dilancarkan oleh pembangun bebas – Katapat. Menggunakan format yang sama dan turut ada mod yang lebih susah, pemain boleh meneka perkataan-perkataan Bahasa Malaysia yang ada lima huruf setiap hari. Seperti Wordle, Katapat juga percuma untuk dimainkan.

Memandangkan Katapat adalah versi salinan Wordle, pembangun turut menggalakkan orang ramai terus sokong versi asal. Jika anda berminat untuk main boleh terus ke pautan di bawah ini;

Main di sini: Katapat

Sohor Kini