Garena telah mengumumkan yang antara kejohanan utama untuk permainan battle royale Free Fire iaitu Free Fire World Series 2022 akan berlaku secara luar talian pada bulan Mei ini di Sentosa, Singapura.

Peringkat awal untuk kejohanan ini adalah Play-Ins yang akan berlangsung pada 14 Mei 2022. Melaluinya 22 pasukan akan bertanding untuk merebut 2 slot ke peringkat akhir menyertai pemain-pemain terbaik dari setiap negara dan benua.

Ia akan melibatkan pasukan-pasukan dari negara berikut;

  • Amerika Utara (1 Pasukan)
  • Pakistan (1 Pasukan)
  • Taiwan (1 Pasukan)
  • Brazil (2 Pasukan)
  • CIS (2 Pasukan)
  • Indonesia (2 Pasukan)
  • India (2 Pasukan)
  • Amerika Latin (2 Pasukan)
  • Malaysia, Kemboja, Filipina (2 Pasukan)
  • Timur Tengah, Afrika Selatan (2 Pasukan)
  • Thailand (2 Pasukan)
  • Vietnam (2 Pasukan)

Kejohanan akhir oula akan berlangsung pada 21 Mei yang akan melibatkan 12 pasukan terbaik dari negara-negara berikut;

  • Brazil (1 Pasukan)
  • CIS (1 Pasukan)
  • Indonesia (1 Pasukan)
  • India (1 Pasukan)
  • Amerika Latin (1 Pasukan)
  • Malaysia, Kemboja, Filipina (1 Pasukan)
  • Timur Tengah, Afrika Selatan (1 Pasukan)
  • Thailand (1 Pasukan)
  • Vietnam (1 Pasukan)
  • Eropah (1 Pasukan)
  • 2 Pasukan Terbaik dari Peringkat Play-Ins

Anda boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai kejohanan ini melalui media-media sosial untuk Free Fire. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini