Sony Interactive Entertainment (SIE) telah menganjurkan kempen ‘Let’s Play’ bersempena dengan Tahun Baharu Cina di mana dengan bermain dan juga menggunakan aplikasi bukan permainan, pemain akan berpeluang untuk mendapatkan baucar yang bernilai sehingga RM5,700. Selain itu, SIE juga mengumumkan jualan promosi akan turut dianjurkan.

Artikel tambahan: Kad Laporan Tahun 2021 – PlayStation 5

Bagi kempen ‘Let’s Play’, ia dibahagikan kepada tiga kategori yang akan memfokuskan aktiviti berbeza. Kategori-kategori tersebut adalah seperti berikut;

  • Kategori 1: Press to Play
    • Kiraan akan dilakukan untuk setiap sesi anda menggunakan aplikasi bukan permainan contohnya Spotify, Youtube dan juga Netflix. 50 peserta yang mencatat jumlah jam tertinggi akan memenangi baucar;
      • 1-10: Baucar bernilai RM2,000
      • 11 – 20: Baucar bernilai RM400
      • 21-50: Baucar bernilai RM120
  • Kategori 2: Connect to Play
    • Kiraan akan dilakukan untuk setiap sesi anda bermain permainan secara dalam talian (permainan percuma untuk dimainkan tidak diambil kira). 50 peserta yang mencatat jumlah jam tertinggi akan memenangi baucar;
      • 1-10: Baucar bernilai RM3,300
      • 11-20: Baucar bernilai RM1,000
      • 21-50: Baucar bernilai RM200
  • Kategori 3: Time to Play
    • Kiraan akan dilakukan untuk setiap sesi anda bermain permainan secara luar talian, permainan percuma untuk dimainkan juga akan dikira. 50 peserta yang mencatat jumlah jam tertinggi akan memenangi baucar;
      • 1-10: Baucar bernilai RM5,700
      • 11-20: Baucar bernilai RM2,000
      • 21-50: Baucar bernilai RM300

Selain itu, semua pemain yang menyertai kempen ini akan diberikan avatar khas. Pemain boleh melakukan pendaftaran menggunakan akaun PSN anda melalui pautan ini. Kempen ini akan bermula pada 21 Januari sehingga 20 Februari 2022.

Bagi pemain yang ingin memberi perkakasan dan juga permainan untuk PlayStation, jualan promosi bersempena Tahun Baharu Cina juga diumumkan. Berikut adalah antara yang ditawarkan;

  • PSVR bersama dengan PlayStation Camera – RM979
  • DualShock 4 (Jet Black / Glacier White / Magma Red / Green Camouflage) – RM179
  • Demon’s Soul (PS5) – RM169
  • Ghost of Tsushima Director’s Cut (PS5) – RM209
  • Ghost of Tsushima Director’s Cut (PS4) – RM169
  • The Last of Us Part II (PS4) – RM79
  • Crash Bandicoot 4: It’s About Time (PS4) – RM79
  • Final Fantasy VII Remake (PS4) – RM129

Jualan promosi di PS Store juga akan dianjurkan tidak lama lagi, dan kami akan kongsi-kan apabila ia bermula kelak.

Sohor Kini