Watch Dogs: Legion Menerima Kemaskini Terakhir Untuknya

Ubisoft telah mengumumkan yang Watch Dogs: Legion telah menerima kemaskini 5.6 dan ia akan menjadi kemaskini terakhir untuk permainan tersebut yang dikeluarkan pada Oktober tahun 2020. Dengan pengumuman ini, Watch Dogs: Legion tidak lagi akan menerima sebarang kandungan baharu ataupun DLC.

Namun, mereka mengatakan ganjaran untuk mod dalam talian akan berterusan, di mana musim ke-5 akan menjadi yang terakhir untuk Reward Track, selepas ia akan mengulangi kandungan musim ke-3 hingga musim ke-5 untuk memberi peluang kepada pemain mendapatkan ganjaran yang terlepas sebelum ini.

Watch Dogs: Legion sebelum ini telah menerima pelbagai kandungan termasuk juga untuk DLC berbayar, seperti Bloodline yang turut membawa kembali watak Aiden Pierce. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini