One Esports telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan kerjasama jangka masa panjang bersama dengan Samsung untuk hadir dengan satu aplikasi yang akan memfokuskan esukan. Aplikasi tersebut akan ditawarkan pada pertengahan kedua tahun 2022, melalui Samsung Galaxy Store dan juga Google Play Store.

Aplikasi ini dikatakan akan menjadi hab untuk perkembangan terbaru dunia esukan di Asia Tenggara, ia juga akan diintegrasi dengan laman One Esports. Pengguna Samsung juga akan mendapat pelbagai ganjaran dan video khas melaluinya.

Selain daripada aplikasi ini, One Esports juga akan bekerjasama dengan Samsung untuk menganjurkan kejohanan esukan untuk permainan mudah alih sepanjang tahun ini. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini