Metamesta ataupun Metaverse adalah sesuatu yang dipercakapkan akan menjadi teknologi seterusnya yang akan “mengubah dunia”. Facebook sendiri telah menukar nama syarikat mereka kepada Meta untuk menyatakan pendirian mereka untuk membangunkan teknologi ini.

Ia juga sering dikaitkan dengan peningkatan populariti kriptowang dan juga NFT, di mana ramai yang sudah berimaginasi untuk mempunyai satu tempat yang menggabungkan ketiga-tiga perkara tersebut dan boleh digunakan secara terus.

Baca: NFT Adalah Lombong Emas Penerbit Permainan Video, Disebabkan Itu Ia Membimbangkan

Namun, perkara tersebut tidak menerima sokongan daripada Ken Kutaragi yang merupakan bekas CEO dan Pengerusi untuk Sony Interactive Entertainment (SIE), beliau juga boleh dikatakan sebagai Bapa kepada PlayStation kerana konsol pertama untuknya dibangunkan di bawah seliaan beliau.

Melalui temubual bersama dengan Bloomberg, beliau mengatakan metamesta cuba mengasingkan dunia nyata dengan dengan dunia maya yang baginya adalah sesuatu yang tidak berguna. Sebaliknya beliau mengatakan yang dunia teknologi seharusnya digabungkan dengan dunia nyata.

Menjadi satu ‘avatar’ berbanding diri sendiri di dalam metamesta tidak mempunyai perbezaan dengan berada di satu laman papan pesanan awanama. Penggunaan set kepala realiti maya juga adalah sesuatu perkara yang menjengkelkan dan mengasingkan individu dari dunia nyata.

Sebaliknya, melalui syarikat beliau iaitu Ascent Robotics Inc, beliau ingin menggabungkan dunia maya dengan realiti secara terus dan tanpa memerlukan pengguna memaki sebarang gajet tambahan.

Sohor Kini