NFT dan kriptowang merupakan antara topik yang hangat diperkataka sejak 2021 lepas. Walaupun ramai yang sering mengaitkan dengaa permainan video, namun dari segi perbincangan di dalam kalangan pembangun video, ramai yang masih skeptikal berkenaan deengannya.

Melalui laporaan GDC State of the Game Industry yang terbaru, bancian berkaitan NFT dan kriptowang memperlihatkan majoriti besar pembangun masih skeptikal dengannya.

Sekitar 70% pembangun permainan dilihat tidak berminat dengan NFT, dan 72% tidak berminaat dengan kriptowang. Terdapat juga pembangun yang mengkritik penggunaan NFT kerana tidak mesra alamm, selain pada masa yang sama seperti sebuah skim piramid.

Sebelum ini sendiri, komuniti peminat permainan video telah memperlihatkan tidak bersetuju dengan Discord – membuatkan Discord membatalkan hasrat menyertakan sokongan NFT. Pada masa yang sama, Ubisoft juga turut menawarkan NFT mereka yang tidak menerima permintaan tinggi.

Namun, masih terdapat studio seperti Square Enix yang menyatakan akan membangunkan permainan dengan integrasi rantaian-blok, selain Konami yang menjual koleksi NFT mereka.

Sohor Kini