Need For Speed merupakan salah satu permainan lumba kereta yang popular. Terdapat sejumlah siri menarik dengan fokus berbeza dibawah Need for Speed, dan paling terakhir kami mainkan adalah Need for Speed Heat.

Pada awalnya, permainan baharu Need for Speed patut diperkenalkan pada tahun lepas, namun terpaksa ditunda kerana EA dan Criterion Games ingin memfokuskan pembangunan Battlefield baharu. EA sendiri pada penghujung tahun lepas telah mengatakan ia bakal diperkenalkan sekitar 2022 atau awal 2023 kelak.

Terbaru, menurut desas-desus yang hadir ke arena internet, EA dikatakan akan memperkenalkan Need for Speed baru pada September atau Oktober tahun 2022 ini.

Ia dijangka akan menjadi permainan musim cuti penghujung tahun 2022 ini. Kali terakhir kami bermain Need for Speed adalah pada 2019 untuk NFS Heat. Dengan kehadiran konsol baharu, semestinya ramai tidak sabar untuk berlumba dengan grafik lebih baik pada NFS generasi baharu kelak.

Sohor Kini