Seperti tahun-tahun lepas, PlayStation akhirnya sekali menawarkan Wrap-Up iaitu Laporan Aktiviti Tahunan anda untuk konsol PlayStation, di mana anda boleh melihat kembali laporan aktiviti permainan anda pada tahun 2021. Bagi pemilik PS5, ia juga memperlihatkan aktiviti anda di konsol generasi terkini tersebut.
Seperti biasa, untuk mendapatkan laporan, anda hanya perlu layari laman PlayStation Wrap-Up dan log masuk akaun PlayStation utama anda. Berikut adalah antara laporan aktiviti yang dikongsi;
Sebagai tanda penghargaan, mereka juga menyediakan avatar khas yang anda boleh dapatkan di bahagian terakhir laporan aktiviti.