Seperti diumumkan sebelum ini, PlayStation akan hadir dengan Cover rasmi untuk PlayStation 5 dan ia akan tiba dengan lima pilihan warna iaitu Midnight Black, Cosmic Red, Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple.

Bermula hari ini, mereka telah mula menawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM259, namun terhad kepada dua pilihan warna sahaja iaitu Midnight Black dan Cosmic Red, dengan warna lain akan ditawarkan sekitar pertengahan tahun ini.

Sony sebelum ini juga telah menawarkan tiga lagi pilihan warna untuk DualSense iaitu Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple yang boleh didapatkan dengan harga RM369.

Cover dan juga DualSense ini boleh mula dibeli di pengedar rasmi PlayStation dan juga Sony Store selagi stok masih ada, yang malangnya melalui pemerhatian kami, Cover sudah habis dijual.

Sohor Kini