505 Games telah mengumumkan yang penambahan utama seterusnya untuk permainan Ghostrunner iaitu Project_Hel yang sepatutnya dikeluarkan pada 27 Januari ini telah ditunda beberapa minggu ke 1 Mac 2022. Mereka mengatakan yang penundaan ini adalah untuk memberikan mereka lebih masa meningkatkan prestasi untuknya tanpa menjejaskan kesihatan dan juga keselamatan pekerja.

Project_Hel pertama kali diumumkan pada tahun lepas di mana melaluinya pemain akan mengawal watak baharu iaitu Hel yang merupakan antara bos penjahat di dalam permainan asal. Pemain akan memasuki Menera Dharma untuk melakukan misi dirinya sendiri. Hel lebih memfokuskan kepada pertempuran dan boleh diserang beberapa kali sebelum mati berbeza dengan permainan asal yang terus mati.

Ghostrunner merupakan antara permainan terbaik pada tahun lepas dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Ghostrunner – Permainan Aksi Parkour Ninja Cyberpunk Yang Sangat Mencabar. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini