Dengan Microsoft mengumumkan mereka di dalam proses untuk mengambil alih Activision Blizzard, Sony dan PlayStation adalah antara yang secara tidak langsungnya terlibat di dalam perbualan mengenainya. Selepas pengumuman tersebut, nilai saham Sony telah jatuh melebihi 12% adalah antara kesan terawal mengenainya.

Kegusaran pelabur sudah semestinya mengenai sama ada permainan-permainan Activision Blizzard selepas pengambil-alihan ini selesai akan masih dikeluarkan lagi untuk platform PlayStation. Permainan seperti Call of Duty sudah semestinya menjadi fokus utama.

Melalui kenyataan yang diberikan kepada Wall Street Journal (dilaporkan oleh Bloomberg) hari ini, Sony mengatakan yang Activision akan terus mengeluarkan permainan untuk PlayStation kerana mereka mempunyai perjanjian dengan studio tersebut, sesuatu yang mereka jangkakan Microsoft akan terus meterai.

Microsoft pula mengambil kedudukan yang sama selepas mengambil-alih Bethesda, mereka akan menentukan permainan yang akan dilancarkan secara eksklusif ataupun multi-platform secara individu mengikut permainan-permainan tersebut. Manakala permainan seperti Deathloop dan Ghostwire: Tokyo yang mempunyai perjanjian PlayStation akan terus mengikut perjanjian tersebut.

Sohor Kini