Adult Swim dan Crunchyroll telah mengumumkan yang siri anime berdasarkan permainan popular Shenmue akan mula disiarkan pada 5 Februari ini di kedua-dua platform tersebut, buat masa ini masih tidak disahkan lagi penawaran di Malaysia.

Siri ini pertama kali diumumkan pada tahun 2020, ia dihasilkan oleh Telecom Animation Film dengan Chikara Sakurai menjadi pengarah. Beliau sebelum ini terlibat dengan siri anime One Punch Man musim kedua.

Anda boleh tonton treler terbaru untuknya di bawah.

Shemue adalah permainan aksi pengembaraan yang dicipta oleh Yu Suzuki, permainan terbaru adalah Shenmue III yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Seperti siri permainan, anime ini adalah mengenai Ryo Hazuki yang perlu menyiasat mengenai misteri pembunuhan bapanya yang merupakan pemilik Hazuki Dojo iaitu pusat pembelajaran pertahanan diri.

Sohor Kini