Greg Foertsch iaitu bekas Pengarah Seni Kanan Firaxis yang terlibat dengan permainan seperti Civilization, XCOM: Enemy Unknowns, XCOM 2 telah mengumumkan penubuhan studio baharu iaitu Bit Reactor. Studio ini dikatakan akan memfokuskan kepada permainan strategi mengikut turutan dengan nilai produksi yang lebih tinggi.

Menyertai Greg Foertsch di studio tersebut adalah bekas-bekas pembangun untuk pelbagai permainan strategi seperti XCOM, Civilization dan juga permainan RPG seperti Elders Scrolls Online.

Bersama dengan pengumuman tersebut, Greg Foertsch telah mengatakan yang dengan peningkatan populariti untuk konsol, permainan strategi telah terlepas pandang oleh pembangun dan juga peminat. Oleh itu mereka merasakan mempunyai peluang yang baik untuk mengembangkan lagi genre ini.

Mereka sedang membangunkan permainan pertama akan tetapi tidak melakukan sebarang pengumuman lagi mengenainya buat masa ini dan ingin memfokuskan terlebih dahulu di dalam pembentukan pasukan pembangun.

Sohor Kini