Critical Role dan Amazon telah mengumumkan yang siri animasi The Legend of Vox Machina akan mula disiarkan di Prime Video pada 28 Januari 2022. Ia akan mempunyai 12 episod dengan 3 episod akan disiarkan pada setiap hari Jumaat iaitu sehingga 18 Februari 2022.

The Legend of Vox Machina merupakan kempen untuk permainan Dungeons & Dragons oleh Critical Role. Kempen ini bermula pada tahun 2015 dan berakhir pada tahun 2017 yang melibatkan ahli-ahli utama Critical Role termasuk juga Ashley Johnson dan Laura Bailey yang dikenali sebagai Ellie serta Abby di dalam permainan The Last of Us Part II.

Amazon sebelum ini telah mengesahkan yang ia akan menerima musim kedua tetapi masih tidak mempunyai tarikh pelancaran. Mungkin akan diumumkan selepas musim pertama berakhir.

Sohor Kini