EA Sports minggu ini telah melancarkan kemaskini untuk permainan mudah alih FIFA Mobile mereka yang memberi kemaskini kepada grafik bagi permainan tersebut. Ia antaranya menyertakan kualiti yang lebih baik untuk bentuk permainan, visual dan juga audio.

Melalui penambah-baikkan untuk enjin permainan, kualiti grafik kini ditingkatkan termasuk juga menyokong kelancaran 60FPS bagi peranti-peranti yang terkini, namun ia juga menyertakan pelbagai tetapan tersendiri untuk memberikan pengalaman terbaik bagi pelbagai jenis peranti.

Selain itu, ia juga kini akan menyertakan empat pilihan kamera baharu ketika perlawanan termasuk juga untuk goal kicks, sepakan percuma, sepakan penjuru dan penalti yang akan memberi lebih pilihan kepada pemain mengikut citarasa tersendiri.

Menjadikan ia lebih menarik, ia akan menyertakan pengulas perlawanan di dalam 11 bahasa seperti Inggeris, Spanish, Portugis, Russia, jerman dan Arab. Anda boleh baca pautan ini untuk pelbagai penambahan yang disertakan di dalam kemaskini ini.

FIFA Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini