Ubisoft Kongsi Perancangan Esukan Untuk Brawlhalla Bagi Tahun Ini

Minggu ini, Ubisoft telah mengumumkan perancangan mereka bagi kejohanan esukan untuk permainan perlawanan Brawlhalla mereka. Ia akan hadir dengan kategori 1 lwn 1 serta 2 lwn 2 dan dibahagikan kepada empat Seasonan Championship iaitu Winter, Spring, Summer dan Autumn.

Anda boleh tonton video pengumuman untuknya di bawah.

Winter Championship adalah kejohanan seterusnya yang akan dianjurkan pada 28 Januari dan akan berlangsung sepanjang dua hujung minggu berakhir pada 6 Februari 2022. Anda boleh lakukan pendataran untuknya dan juga mendapat maklumat lanjut melalui pautan ini.

Setiap pertandingan ini akan memberikan markah kepada pemain mengikut prestasi mereka dan menentukan kedudukan di dalam Brawlhalla Power Ranking.

Selain Seasonal Championship, pertandingan tambahan juga akan disertakan seperti OMEN Oasis Online Championship untuk pemain dari Amerika Utara dan Eropah yang berada di kedudukan tertinggi di Power Ranking, ia akan dianjurkan pada bulan Februari.

Manakala Mid-Season Invitational Championship yang akan dianjurkan pada bulan Jun 2022 akan melibatkan 32 pemain terbaik di dalam Power Ranking secara global.

Kejohanan esukan untuk tahun 2022 akan ditutup dengan Brawlhalla World Championship yang akan dianjurkan sekitar bulan November. Bagi kejohanan ini, semua pemain berpeluang untuk mendaftar dan tidak akan mengikut kedudukan Power Ranking.

Kesemua kejohanan ini akan membawa hadiah terkumpul kepada $1.32 juta.

Brawlhalla adalah permainan percuma dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini