Dengan ramai yang ternanti-nanti untuk siri Disney+ Moon Knight yang akan mula disiarkan pada 30 Mac, kita telah menerima satu berita yang sangat mendukacitakan, Gaspard Ulliel iaitu pelakon yang akan membawa watak Anton Mogart ataupun Midnight Man di dalam siri tersebut telah dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas mengalami kemalangan ketika bermain ski.

Mendiang telah dimasuki ke hospital selepas kecederaan parah di bahagian kepala selepas kemalangan tersebut semalam, tetapi telah disahkan meninggal dunia hari ini.

Berdasarkan penyenaraian di IMDB, mendiang akan membuat penampilan di dalam kesemua 6 episod untuk siri tersebut, dan boleh dikatakan antara watak utama bersama dengan Oscar Isaac dan Ethan Hawke.

Gaspard Ulliel juga dikenali sebagai Hannibal di mana mendiang memegang watak tersebut di dalam filem Hannibal Rising iaitu filem prekuel kepada The Silence of the Lamb.

Sohor Kini