Dengan Microsoft Gaming membuat kejutan dengan pengumuman mereka di dalam proses mengambil alih salah satu studio permainan video terbesar iaitu Activision Blizzard, kita boleh katakan yang tujuan utama pengambil-alihan tersebut sudah semestinya untuk mempertingkatkan lagi nilai Xbox Game Pass.

Walaupun tanpa permainan dari studio tersebut, mereka telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass sepanjang akhir bulan ini, dan ia menyertakan banyak permainan menarik termasuk juga permainan yang buat pertama kali dilancarkan di konsol Xbox iaitu Danganronpa: Trigger Happy Havoc dan permainan baharu seperti Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction.

Berikut adalah permainan yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass;

  • Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Nobody Saves the World (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Death’s Door (Xbox, Cloud, PC) – 20 Januari
  • Hitman Trilogy (Xbox, Cloud, PC) – 20 Januari
  • Pupperazzi (Xbox, Cloud, PC) – 20 Januari
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction (Xbox, Cloud, PC) – 20 Januari
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Deluxe Edition (PC) – 20 Januari
  • Windjammers 2 (Xbox, Cloud, PC) – 20 Januari
  • Taiko no Tatsujin: The Drum Master (Xbox, PC) – 27 Januari

Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 31 Januari;

  • Cyber Shadow
  • Nowhere Prophet
  • Prison Architect
  • Xeno Crisis

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini