Wargaming telah mengumumkan kandungan baharu akan disertakan untuk permainan World of Warships mereka sebagai permulaan untuk tahun ini. Mereka menyertakan beberapa kapal baharu yang memfokuskan kepada kapal dari Pan-Asia termasuk juga dari Malaysia.

Anda boleh tonton video pengumuman untuk kemaskini melalui video di bawah.

Mereka akan menyertakan 6 kapal baharu iaitu jenis Crusiers yang mempunyai senjata kaliber kecil tetapi boleh menembak dengan pantas termasuk juga torpedo di dalam air. Antara kapal yang disertakan adalah Tier V Chungking, Tier X Jinan dari China. Namun, yang paling menarik sudah semestinya Tier VI Rahmat dari Malaysia.

VI Rahmat dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada KD Rahmat iaitu kapal yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia bermula pada tahun 1971 sehingga tahun 2004 sebelum ditukar menjadi kapal muzium, akan tetapi akibat pelbagai kerosakan ia telah dilupuskan pada tahun 2017.

Bersama dengan kapal baharu ini, mereka juga telah mengumumkan 28 misi pertempuran baharu yang akan tiba dari minggu ke minggu. Menyelesaikan misi ini, pemain akan mendapat pelbagai ganjaran seperti V Chungking dan VII Chumphon bersama dengan Token Pan-Asian yang boleh digunakan untuk menebus kapal-kapal baharu.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan Token Portal yang boleh digunakan untuk mendapatkan kostum Japanese Castle untuk Fuso. Token ini boleh didapatkan melalui Twitch dan Discord.

Mereka juga telah mengumumkan selepas percubaan yang berjaya membawa kapal ‘supership’ di dalam Ranked dan juga Co-Op, ia juga kini akan disertakan di dalam mod Random Battles. Asyemmetric Battles juga kini disertakan dengan percaturan baharu iaitu satu bahagian akan mempunyai 6-8 kapal Tier IV dan X manakala bahagian lawan akan mempunyai 9-12 kapal Tier VII dan VIII.

World of Warships sudah dikeluarkan untuk PC, manakala World of Warships Legends dudah dikeluarkan untuk PlayStation dan Xbox dan World of Warships Blitz untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini