Seperti diumumkan pada tahun lepas, siri animasi berdasarkan permainan popular Dota 2 iaitu Dota: Dragon’s Blood akan menerima musim kedua di Netflix, dan bermula hari ini ia boleh ditonton. Seperti musim pertama, ia juga mempunyai 8 episod untuk musim ini.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Jika anda masih belum tonton musim pertama, anda boleh terlebih dahulu membaca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan DoTA: Dragon’s Blood – Siri Animasi Untuk Permainan Popular. Secara ringkasnya, ia adalah satu siri yang baik dengan penceritaan menarik, namun rekaan animasi terasa sedikit biasa, tambahan lagi dengan kehadiran siri animasi berdasarkan League of Legends, Arcane.

Sohor Kini