Spider-man: No Way Home boleh dikatakan adalah satu kejayaan yang besar untuk Sony Pictures dan secara langsungnya Marvel Studios. Filem tersebut buat masa ini telah mengutip lebih $1.6 bilion secara global menjadikan ia adalah filem kelapan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dibelakang beberapa lagi filem Disney seperti Star Wars: Episode VII – The Force Awakens, Avengers dan, The Lion King dan Avatar.

Daripada $1.6 Bilion tersebut, RM60 juta adalah disumbangkan oleh penonton di Malaysia. Berdasarkan pengumuman yang dilakukan oleh GSC, filem tersebut telah mengutip jumlah tersebut selepas sebulan mula disiarkan di pawagam. Tidak disahkan jika jumlah tersebut adalah terhad kepada GSC sahaja, namun untuk minggu pertama ia dikeluarkan filem ini mengutip RM41 juta secara keseluruhan.

Dengan kejayaan ini, tidak mengejutkan jika Sony Pictures dan juga Marvel Studio ingin meneruskan dengan penceritaan yang sama, di mana mereka sebelum ini telah dilaporkan sedang sibuk untuk menghasilkan filem keempat dan dijangka akan menjadi permulaan kepada trilogi seterusnya.

Anda juga boleh baca ulasan kami untuk filem ini, yang merupakan antara filem terbaik pada tahun lepas; Ulasan Spider-Man: No Way Home – Akhirnya, Filem Solo Spider-Man Sebenar Yang Semua Nantikan!.

Sohor Kini