Ketika pengumuman Sora iaitu watak utama dari siri permainan Kingdom Hearts adalah watak terakhir yang akan disertakan di dalam Super Smash Bros. Ultimate, diumumkan juga yang ketiga-tiga permainan Kingdom Hearts.

Ia adalah Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 Remix, Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue dan Kingdom Hearts III + Re Mind termasuk juga berkas untuk ketiga-tiga permainan akan tiba di Nintendo Switch secara cloud ataupun penstriman.

Hari ini, Square Enix telah mengumumkan yang sesi pra-tempahan untuk koleksi tersebut kini dibuka melalui eShop dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Februari 2022, bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi treler yang anda boleh tonton di bawah.

Kesemua permainan ini ditawarkan dengan harga promosi iaitu $31.99 untuk Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 Remix, $39.99 untuk dua yang lain dan $71.99 untuk koleksi penuh. Bagi pemain yang membeli Kingdom Hearts III + Re Mind ataupun berkas akan mendapat Advent Red Keyblade untuk digunakan di dalam permainan tersebut.

Oleh kerana ia adalah versi Cloud, anda akan memerlukan sambungan internet yang stabil untuk bermainanya, demo untuknya disertakan secara percuma jika anda ingin mencuba terlebih dahulu.

Sohor Kini