Garena hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan permainan oleh Ubisoft iaitu Assassin’s Creed untuk permainan battle royale mereka Free Fire.

Melalui kolaborasi ini, pemain boleh jangkakan yang kandungan berdasarkan Assassin’s Creed termasuk juga watak terkenal akan hadir. Acara ini dijangka akan bermula pada bulan Mac depan dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Garena buat masa ini disaman oleh Krafton iaitu pencipta untuk permainan PUBG kerana Free Fire dikatakan meniru permainan tersebut, selain Garena, Apple dan Google juga disaman kerana menawarkan permainan tersebut.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini