Pada tahun lepas, Riot Games telah menganjurkan dengan jayanya Kejohanan VCT Game Changers SEA iaitu kejohanan Valorant yang memfokuskan kepada wanita sahaja. Hari ini, mereka telah mengumumkan yang kejohanan tersebut akan kembali untuk tahun ini dan ia juga diperluaskan kepada pemain dari Asia Pasifik kecuali Korea, China dan Jepun.

Seperti tahun lepas, kejohanan ini akan dibahagikan kepada empat peringkat iaitu VCT Game Changers APAC Open (1-4) di mana 64 pasukan akan bertanding untuk empat pusingan dan tiga pasukan terbaik akan melayakkan diri ke VCT Game Changers APAC Elite.

Pasukan yang mendapat tempat ke 4 sehingga 11 akan berpeluang untuk melayakkan diri melalui VCT Game Changers APAC Open Overtime, mereka akan melawan semasa sendiri dan 3 pasukan terbaik akan layak ke pusingan seterusnya dan juga memenangi $5 ribu.

Bagi pasukan-pasukan lain, yang juga tidak mendapat tempat ketika peringkat Open masih lagi berpeluang untuk melayakkan ke peringkat Elite melaluii VCT Game Changers APAC Last Chance di mana 2 slot ke peringkat seterusnya akan diberikan kepada dua pasukan terbaik bersama dengan hadiah tunai $5 ribu.

Peringkat akhir iaitu VCT Game Changers APAC Elite yang akan memperlihatkan 8 pasukan terbaik dari pusingan-pusingan sebelum ini bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $35 ribu dan juga berpeluang untuk dijemput bagi menyertai VCT Game Changers peringkat global.

Berikut adalah jadual dan tarikh penting untuk setiap pusingan;

  • VCT Game Changers APAC Open 1
    • Pendaftaran: 7 – 20 Februari
    • Peringkat Kumpulan: 26 – 27 Februari
    • Playoffs: 3 – 6 Mac
  • VCT Game Changers APAC Open 2
    • Pendaftaran: 18 – 29 Mac
    • Peringkat Kumpulan: 2 – 3 April
    • Playoffs: 7 – 10 April
  • VCT Game Changers APAC Open 3
    • Pendaftaran: 15 – 26 April
    • Peringkat Kumpulan: 30 April – 1 Mei
    • Playoffs: 7 – 10 Mei
  • VCT Game Changers APAC Open 4
    • Pendaftaran: 13 – 24 Mei
    • Peringkat Kumpulan: 28 – 29 Mei
    • Playoffs: 2 – 5 Jun
  • VCT Game Changers APAC Open Overtime
    • 29 Jun – 23 Julai
  • VCT Game Changers APAC Last Chance
    • Pendaftaran: 25 Julai – 9 Ogos
    • 16 – 20 Ogos
  • VCT Game Changers APAC Elite
    • 1 – 2 Oktober & 8 – 9 Oktober

Pautan untuk pendaftaran akan disertakan menghampiri tarikh pendaftaran dibuka dan anda boleh baca peraturan serta maklumat lanjut untuk kejohanan ini di pautan ini.

Riot Games berkerjasama dengan FSL untuk kejohanan ini dan anda boleh mengikuti lanjut termasuk juga menonton secara langsung melalui laman-laman rasmi FSL.

Sohor Kini