Ubisoft telah mengumumkan yang kandungan Musim 4 Episod 2 untuk The Crew 2 akan mula tiba pada hari ini sebagai kemaskini percuma. Meneruskan kepada kandungan The Contractor dari Episod 1, episod kali ini akan memfokuskan kepada kandungan di kawasan liar.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam kandungan bahar ini, pemain akan melakukan penghantaran untuk dua syarikat baharu iaitu Intrepid Outdoor dan US Wildlife Watchers yang akan memerlukan pemain untuk melalui pelbagai kawasan liar di Amerika Syarikat.

Bersama dengannya, ia juga akan menyertakan Motorpass baharu yang akan memberikan lebih 50 ganjaran secara percuma dan juga berbayar. Antaranya ganjaran adalah kereta seperti Koenigsegg Gemera Outclassed Edition, Land Rover Defender V8, Hummer H1 Alpha dan kereta rekaan oleh Ubisoft sendiri Creators Hunter 51.

Pemain juga akan mendapat kereta secara percuma sebagai tawaran bulanan iaitu Chevrolet Silverado atau Ariel Atom, ia juga akan tiba sekitar hari ini.

The Crew 2 sudah dilancarkan sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store dan juga Steam. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini