Netflix dan Studio MDHR hari ini akhirnya berkongsi treler pertama untuk siri animasi berdasarkan permainan Cuphead iaitu The Cuphead Show, selain itu mereka juga telah mengumumkan yang ia akan tiba di Netflix pada 18 Februari kelak.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, mereka mengekalkan gaya animasi seperti dari permainan yang telah menjadi satu tarikan untuk permainan sukar ini. The Cuphead Show! akan memfokuskan bentuk animasi komedi berkenaan watak utama Cuphead dan adik beliau iaitu Mugman.

Cuphead sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Penambahan untuknya iaitu The Delicious Last Course dijangka akan tiba pada 30 Jun 2022.

Sohor Kini