Microsoft baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengambil-alih syarikat pembangun permainan gergasi Activision-Blizzard

Microsoft dilaporkan dalam fasa akhir perbincangan untuk mengambil-alih salah satu penerbit permainan popular, Activision Blizzard. Microsoft mungkin membayar sehingga $70 bilion atau RM295 bilion dalam mengambil-alih syarikat permainan berkenaan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, Activision-Blizzard dan Microsoft Gaming akan beroperasi secara berasingan buat masa ini sehingga satu masa apabila pengambil-alihan tersebut disahkan. Selepas pengambil-alihan ini rasmi, Activision-Blizzard dilihat akan berada dibawah naungan Microsoft Gaming, yang diketuai oleh Phil Spencer, CEO syarikat tersebut.

Pengambil-alihan ini akan memperlihatkan Microsoft Gaming sebagai salah satu syarikat pengeluar permainan terbesar, dengan studio-studio seperti Activision Publishing, Blizzard Entertainment, Beenox, Demonware, Digital Legends, High Moon Studios, Infinity Ward, King, Major League Gaming, Radical Entertainment, Raven Software, Sledgehammer Games, Toys for Bob, Treyarch dan sebagainya dibawah sayap mereka.

Sumber: Microsoft

Sohor Kini