PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baharu – Aftermath

PUBG Mobile kini telah mula memperkenalkan kemaskini PUBG Mobile 1.8 kepada semua, sekaligus membawa satu lagi penambahan peta baru pada permainan Battle Royale berkenaan.

Peta baru ini dinamakan sebagai Aftermath. Peta permainan ini juga berbentuk futuristik, dan menyertakan beberapa ciri tambahan.

Senjata yang ditawarkan melalui Aftermath ini dilengkapi dengan sokongan penstabilan baik yang dilengkapi AC Core Module. Pada masa yang sama, pemain turut boleh melihat angka kerosakkan yang dihadapi oleh pihak lawan.

Menariknya juga, pemain boleh menghidupkan rakan mereka yang lain melalui Recall Towers dalam permainan ini.

Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, boleh mengemaskini permainan anda dan menikmati peta permainan baharu ini.

Sohor Kini