Pada bulan lepas, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan penawaran secara rasmi lima pilihan warna untuk cover buat PlayStation 5, bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga mengumumkan tiga lagi pilihan warna untuk DualSense iaitu Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple menyertai Midnight Black dan Cosmic Red yang sudah dikeluarkan sebelum ini.

Kedua-dua barangan tersebut dijangka akan tiba pada bulan ini, namun buat masa ini masih tiada pengumuman untuk cover akan tetapi tiga pilihan warna baharu untuk DualSense sudah mula ditawarkan di kedai Sony Store dan juga pengedar rasmi PlayStation dengan harga RM369.

Semasa penulisan ini, warna Nova Pink dan Starlight Blue masih boleh ditempah, manakala Galactic Purple sudah tidak ditawarkan ataupun mungkin tidak ditawarkan lagi.

Sohor Kini