Ubisoft telah mengumumkan The Settlers iaitu permainan olahan semula untuk siri ini akan dikeluarkan pada 17 Mac 2022 untuk PC. Selain itu, bagi yang ingin mencuba lebih awal, mereka juga mengumumkan yang sesi beta tertutup akan bermula pada 20 Januari dan anda boleh mendaftarnya melalui pautan ini.

Anda boleh tonton video pengumuman dan pengenalan untuk The Settlers di bawah.

The Settlers merupakan permainan membina bandar dan strategi yang dikeluarkan sejak tahun 1993 lagi, ia telah menerima lebih 10 permainan sebelum ini. Namun, kali ini Ubisoft Düsseldorf akan mengolah semula dan mengambil inspirasi daripada The Settlers 3 dan The Settlers 4.

Pada tahun 2019, Ubisoft mengumumkan The Settlers sepatutnya tiba pada tahun 2020, akan tetapi telah tertunda sehinggalah menerima tarikh baharu minggu ini. Sesi pra-tempahan juga kini bermula melalui Ubisoft Store ataupun Epic Games Store dengan harga RM209.

Sohor Kini