Stalker 2: Heart of Chernobyl Ditunda Ke 8 Disember 2022

GSC Game World telah mengumumkan yang mereka menunda pelancaran Stalker 2: Heart of Chernobyl beberapa bulan ke 8 Disember 2022 berbanding 28 April 2022 yang diumumkan sebelum ini.

Mereka mengatakan yang beberapa bulan penambahan untuk membangunkan permainan ini memberikan mereka lebih masa untuk memastikan ia mencapai visi mereka bagi permainan ini. Mereka juga mengatakan yang ia adalah permainan terbesar dibangunkan oleh GSC Game World oleh itu pemerhatian lanjut perlu dilakukan.

Permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif untuk platform Microsoft buat masa terhad dan ia mungkin akan dikeluarkan untuk platform lain terutamanya untuk PlayStation 5. Di Xbox Series X, mereka menyasarkan untuk menawarkan resolusi 4K dan Ray Tracing.

Anda boleh tonton video bentuk permainan yang dikongsikan sebelum ini.

Sohor Kini