Galactic Civilizations III Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka iaitu Galactic Civilizations III yang ditawarkan bermula sekarang sehingga 21 Januari 2022. Pada awal tahun lepas, ia sudah ditawarkan, oleh itu anda mungkin sudah memilikinya di dalam pustaka.

Galactic Civilizations III merupakan permainan 4X strategi mengikut turutan yang berlaku di angkasa lepas. Seperti mana permainan 4X lain anda perlu mengembangkan empayar serta bertempur dan memusnahkan empayar lain. Ia dibangunkan oleh Stardock dan telah dikeluarkan untuk PC sejak tahun 2015.

Selepas tawaran Galactic Civilizations III ia akan diganti pula dengan satu permainan lain iaitu Relicta.

Sohor Kini