Krafton Saman Apple, Google Dan Garena – Ingin Free Fire Ditutup

Syarikat induk untuk PUBG Corp iaitu Krafton telah memfailkan saman terhadap Apple, Google dan juga Garena kerana menawarkan permainan Free Fire. Mereka mengatakan yang permainan tersebut telah meniru beberapa aspek hak cipta PUBG seperti struktur permainan, barangan di dalam permainan, peralatan dan juga lokasi.

Berita Lain: PUBG: Battlegrounds Mencatat Jumlah Pemain Serentak Tertinggi Di Steam Sejak April 2020 Setelah Menjadi Permainan Percuma

Krafton mengatakan yang pada 21 Disember lepas mereka telah meminta Garena, Apple serta Google sebagai pemilik App Store dan Play Store untuk menghentikan penawaran permainan tersebut tetapi telah ditolak. Mereka juga meminta YouTube untuk membuang kandungan-kandungan Free Fire daripada laman tersebut, yang juga mendapat keputusan yang sama.

Mereka mengatakan yang pada tahun 2017, Garena dan PUBG Corp telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan masalah ini akan tetapi mereka tidak pernah memberi hak kepada Garena untuk terus menawarkan permainan tersebut yang dikatakan melanggar hak cipta di Amerika Syarikat.

Berikut adalah antara perkara-perkara di dalam permainan yang dikatakan adalah meniru PUBG;

  • Lobi untuk menunggu
  • Lompatan Udara (air jump)
  • Peta
  • Penyembuhan di dalam permainan (penggunaan bandage)
  • Cara mendapatkan senjata di dalam permainan
  • Senjata, pengubah-suaian dan juga peluru
  • Perisai
  • Penggunaan periuk (frying pan)
  • Red Zone
  • Kawasan pertempuran yang mengecil (circle)
  • Mod Permainan

Selain itu, mereka juga telah memperlihatkan pelbagai rekaan dan kawasan yang menyerupai permainan PUBG anda boleh lihat senarai penuh melalui dokumen mahkamah kes saman ini.

Melalui saman ini, Krafton telah meminta untuk Garena memberikan kesemua barangan yang melanggar hak cipta kepada mereka, memperlihatkan jumlah pendapatan diperoleh daripada permainan tersebut, membayar pampasan kepada Krafton bergantung kepada keuntungan termasuk juga kos guaman.

Krafton juga telah meminta pembicaraan melalui juri, sesuatu yang berbeza dengan pergaduhan diantara Apple dan Epic Games yang tidak ingin ia dilakukan melalui juri tetapi secara terus melalui hakim.

Sohor Kini